PERHATIAN BUAT SEMUA PENGGUNA PRODUK ALEX CALL
Perhatian buat semua pembeli Softphone dan eVoip,Alex Call mengalu-alukan agar pembayaran perkhidmatan VoIP dapat diberikan dengan segera dan janganlah berlengah-lengah.
"Maka hendaklah kamu menulis,dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang ditulis),dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya,dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.." Surah Al-Baqarah : 282
Syarikat Betamax & anak-anak syarikat (Lowratevoip,Justvoip,Intervoip)
Bermula tahun ini 2009,Alex Call mengorak langkah untuk menjadi "Official VoIP Reseller" buat eVoip.Seperti ke semua syarikat topup Voip di Mesir,kami di Alex Call juga akan memberikan maklumat kepenggunaan VoiP yang sama :-
1.Pemberian panggilan percuma "Freedays" adalah berdasarkan SATU IP ADDRESS sahaja.Ini bermakna,sekiranya terdapat lebih dari seorang pengguna VoIP dalam sebuah rumah yang mempunyai 1 DSL router,maka jumlah waktu panggilan percuma akan berkurangan
2.Alex Call tidak terlibat dengan sebarang penetapan kadar panggilan,penetapan kadar masa percuma "Freedays".Setiap anak syarikat Betamax berhak mengubah kadar panggilan dan sebarang tawaran sekiranya perlu
3.Alex Call tidak dapat memberikan ganti rugi sama ada dalam bentuk duit @ topup jika terdapat sebarang masalah,seperti kecuaian pembeli memberikan Username yang salah ketika topup,atau disebabkan perubahan kadar panggilan dari syarikat atau anda tidak mendapat "Freedays Call" seperti yang ditawarkan oleh syarikat Voip.
4.Alex Call akan cuba untuk membantu para pembeli sekiranya menghadapi masalah,namun sekiranya anda mempunyai capaian internet yang bagus serta biasa menggunakan eVoip,ia bukanlah suatu masalah InsyaAllah.
Hubungi kami sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.